Thursday, December 29, 2011

Fakta menarik tentang kucing


ikan bukanlah makanan semula jadi untuk kucing kerana kucing sebenanrnya berasal dari kawasan gurun dan tiada ikan sehingga perang dunia kedua, harga daging menjadi mahal, pemilik kucing memberi ikan sebagai makanan kucing. kucing yang liar tidak akan memburu ikan tapi burung kerana kucing adalah haiwan karnivor.

ibu kucing mengajar anaknya menangkap mangsa. Jika anak kucing tidak tinggal bersama ibunya, mereka tidak akan tahu langsung cara menangkap dan makan haiwan.

kucing adalah antara haiwan yang tidur paling lama iaitu sekitar 16 jam

kucing memberi respon lebih cepat kepada wanita berbanding lelaki kerana wanita mempunyai suara yang high pitched berbanding lelaki.

kucing terbiar memiliki jangka hayat hanya 3 tahun manakala kucing peliharaan mempunyai jangka hayat sehingga 16 tahun.

cahaya elektrik atau cahaya dari tv boleh menyebabkan bulu kucing luruh.

Tahukah anda, Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!.Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!.Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!

Kucing punyai kebolehan menenangkan manusia (semasa seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)


Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan


Kucing mandi (menjilat dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya atau untuk menenangkan diri


Usia kucing jika dibandingkan dengan manusia ialah setahun usia manusia bersamaan dengan 50tahun usia kucing. jika kucing berusia 2 tahun, bermakna ianya berusia 25 tahun!


anak kucing juga mengalami kehilangan baby teeth pada usia 7 bulan


setiap kali selepas dibelai, kucing akan menjilat bulunya untuk membuang bau manusia..hipokrit btol haha


kucing kehilangan air liur sangat banyak semasa menjilat bulunya sebanyak air kencing yang dikeluarkan.

Wednesday, October 19, 2011

Cerita Nabi Muhammad SAW dan Kucingnya.


Di dalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak geliat perkembangan islam.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan membelai lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu mendukung mueeza dan di letakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti laungan suara azan.

Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah serius, di dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, mengisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq juga amat menyukai kucing, dan merasa sangat kehilangan ketika ditinggalkan oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi gelaran Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), karena kegemarannya dalam menjaga dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Dipetik dari : http://ae89crypt5.wordpress.com/


Sunday, October 16, 2011

Kucing Bunting?

Tanda-tanda?

1. Peningkatan selera makan
2. Puting susu menonjol dan kemerahan
3. Bulu di sekitar puting menipis
4. Bahagian perut semakin membulat
5. Kucing semakin manja
6. Hilang keinginan untuk mengawan
7. Muntah-muntah (sebahagian kucing)

Tempoh kucing bunting?

63-65 hari

Tanda-tanda kucing dah nak beranak?

1. Kelenjar susu si ibu dah mula membengkak pada minggu akhir kebuntingan.
2. Dua hari sebelum melahirkan, si ibu mula menghasilkan susu dan ia dapat dilihat dengan cara menekan putting si ibu perlahan-lahan. Susu dengan mudah akan keluar.
3. Si ibu mula mencari tempat untuk melahirkan.
4. Suhu badan mulai turun.
5. Selera makan mulai berkurangan 2-3 hari sebelum melahirkan.
6. Perubahan sifat si ibu. Pada minggu akhir bunting, si ibu mula meminta perhatian yang lebih dan akan menjadi lebih manja terutamanya jika dia amat rapat atau dijaga oleh seorang tuan sahaja.

Tanda-tanda bahaya?

1. Si ibu mula tidak makan dalam tempoh 24jam
2. Suhu badan tak stabil~turun naik dengan cepat.
3. Si ibu mula menjadi lesu dan kelihatan amat tertekan.
4. Ada bau yang kurang menyenangkan keluar dari salur faraj si ibu.

Perkara yg tak patut dibuat?

1. Jangan sesekali menggunakan antiseptik manusia untuk si ibu atau anak yang baru dilahirkan seperti Dettol sebab ia boleh menjadi racun dan mengakibatkan kelecuran pada kulit kucing. Sila gunakan antiseptic yang dicadangkan oleh veterinary sahaja.
2. Jangan terlalu kerap menjenguk atau memegang anak kucing yang baru dilahirkan. Biar si ibu selesa dan sedia dengan bayi-bayinya. Kucing amat mudah membunuh dan memakan anak sendiri sekiranya dia merasakan dirinya dan anak-anaknya dalam keadaan bahaya dan terancam oleh persekitaran dan kehadiran manusia atau kucing lain.

gambar hiasan

Princess bunting!

Salam buat readers,

Hari ini Princess dah menunjukkan tanda-tanda kebuntingan. Ini first time Princess bunting. Mesti ramai masih x tahu tanda-tanda kucing bunting. Hanna nak share ngan readers tanda-tandanya:

1. Peningkatan selera makan

2. Puting susu menonjol dan kemerahan

3. Bulu di sekitar puting menipis

4. Bahagian perut semakin membulat

5. Kucing semakin manja

6. Hilang keinginan untuk mengawan

7. Muntah-muntah (sebahagian kucing)


Ini Poko, suami si Princess.

Me n Princess

Quotes about cats


No matter how much cats fight, there always seems to be plenty of kittens
Abraham Lincoln

Don't think that I'm silly for liking it, I just happen to like the simple little things, and I love cats!
Michelle Gardner

When I play with my cat, who knows if I am not a pastime to her more than she is to me?
Montaigne

A meow massages the heart.
Stuart McMillan

Cats always know whether people like or dislike them. They do not always care enough to do anything about it.
Winifred Carriere