Sunday, October 16, 2011

Kucing Bunting?

Tanda-tanda?

1. Peningkatan selera makan
2. Puting susu menonjol dan kemerahan
3. Bulu di sekitar puting menipis
4. Bahagian perut semakin membulat
5. Kucing semakin manja
6. Hilang keinginan untuk mengawan
7. Muntah-muntah (sebahagian kucing)

Tempoh kucing bunting?

63-65 hari

Tanda-tanda kucing dah nak beranak?

1. Kelenjar susu si ibu dah mula membengkak pada minggu akhir kebuntingan.
2. Dua hari sebelum melahirkan, si ibu mula menghasilkan susu dan ia dapat dilihat dengan cara menekan putting si ibu perlahan-lahan. Susu dengan mudah akan keluar.
3. Si ibu mula mencari tempat untuk melahirkan.
4. Suhu badan mulai turun.
5. Selera makan mulai berkurangan 2-3 hari sebelum melahirkan.
6. Perubahan sifat si ibu. Pada minggu akhir bunting, si ibu mula meminta perhatian yang lebih dan akan menjadi lebih manja terutamanya jika dia amat rapat atau dijaga oleh seorang tuan sahaja.

Tanda-tanda bahaya?

1. Si ibu mula tidak makan dalam tempoh 24jam
2. Suhu badan tak stabil~turun naik dengan cepat.
3. Si ibu mula menjadi lesu dan kelihatan amat tertekan.
4. Ada bau yang kurang menyenangkan keluar dari salur faraj si ibu.

Perkara yg tak patut dibuat?

1. Jangan sesekali menggunakan antiseptik manusia untuk si ibu atau anak yang baru dilahirkan seperti Dettol sebab ia boleh menjadi racun dan mengakibatkan kelecuran pada kulit kucing. Sila gunakan antiseptic yang dicadangkan oleh veterinary sahaja.
2. Jangan terlalu kerap menjenguk atau memegang anak kucing yang baru dilahirkan. Biar si ibu selesa dan sedia dengan bayi-bayinya. Kucing amat mudah membunuh dan memakan anak sendiri sekiranya dia merasakan dirinya dan anak-anaknya dalam keadaan bahaya dan terancam oleh persekitaran dan kehadiran manusia atau kucing lain.

gambar hiasan

No comments:

Post a Comment